SOP Majlis Keramaian PKPP Untuk Majlis Aqiqah

Walaupun Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), telah banyak aktiviti sosial dibenarkan. Termasuklah majlis aqiqah.

Oleh itu, satu garis panduan telah dikeluarkan bagi penganjuran majlis sosial seperti ini.

Antara majlis lain yang menggunakan SOP sama adalah majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, doa selamat, tahlil dan lain-lain.

Artikel ini ada SOP lengkapnya, mari mulakan.

Proses Menyambut Tetamu Semasa Majlis Aqiqah PKPP

1. Pintu Masuk dan Keluar

Untuk tujuan menyambut tetamu, penganjur mestilah menetapkan dan menandakan secara jelas laluan keluar dan masuk tetamu.

Ini penting bagi majlis seperti Aqiqah di PKPP yang berlaku di tempat terbuka seperti dalam suasana kampung atau rumah persendirian.

Di pintu masuk, kaunter saringan hendaklah diwujudkan untuk memastikan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan, dan saringan simptom COVID-19.

2. Kaunter Pendaftaran

Hand sanitizer perlu berada di kaunter. Ini supaya tetamu membersihkan tangan mereka sebelum masuk majlis.

Di sini juga penting untuk petugas untuk tidak membenarkan sesiapa yang suhu badannya melebihi 37.5 Celsius untuk masuk ke dalam majlis.

3. Penjarakan Sosial

Seperti biasa, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1-meter mesti dipatuhi. Ini penting bagi para tetamu yang menunggu giliran mereka di kaunter saringan.

4. Topeng Muka

Bagi penganjur,para tetamu dan petugas, ia digalakkan untuk memakai topeng muka.

Ini supaya dapat mengurangkan risiko wabak COVIS-19 di majlis seperti Aqiqah di PKPP.

5. Ruang Kawasan Majlis

Kehadiran tetamu hendaklah tidak melebihi 250 orang atau kurang, tertakluk kepada saiz keluasan ruang kawasan majls dan penjarakan sosial.

Pendaftaran Tetamu Untuk Majlis Aqiqah PKPP

1.Pendaftaran Manual

Berikut adalah SOP mengenai pendaftaran para tetamu:

Semua penganjur majlis mesti mendaftarkan tetamu untuk simpanan dan rekod sekiranya berlaku kes jangkitan.

Rakyat Malaysia digalakkan menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera atau aplikasi lain yang bersesuaian.

2. Pendaftaran MySejahtera

 

3. Kehadiran Kanak-Kanak

Kehadiran tetamu dari kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan untuk majlis seperti aqiqah di PKPP.

Ruang Majlis Untuk Majlis Akikah PKPP

1. Pembersihan dan Desinfeksi

Proses pembersihan dan disinfeksi perlu dilakukan mengikut garis panduan KKM sebelum dan selepas majlis di seluruh kawasan luar dan dalam dewan.

Ia juga termasuk kerusi dan meja tetamu, meja hadiah (doorgift table), alatan catering, pelamin pengantin, tandas dan tempat atau barang yang kerap disentuh.

2. Pengudaraan Kawasan Majlis

Para penganjur juga mesti memastikan tempat penganjuran majlis mempunyai pengudaraan yang baik.

3. Penjarakan Meja

Meja mestilah disusun dengan jarak 2 meter antara satu meja dengan meja lain.

Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter bagi kerusi di meja.

4. Hidangan Makanan

Sebarang penyediaan makanan adalah sama ada secara hidang (served), dome setting atau buffet yang disediakan oleh pramusaji yang ditetapkan oleh penganjur.

Para petugas akan mencedok makanan ke pinggan tetamu atau secara pack food.

5. Petugas di Ruang Majlis

Para petugas mestilah memakai penutup muka semasa menghidangkan makanan untuk mengelakkan sebarang risiko.

Berikut adalah beberapa syarat untuk perlaksanaan majlis.

Waktu Operasi Majlis: Tertakluk kepada penganjuran (Tempoh 3-5 jam)

Waktu Kehadiran Tetamu: Tertakluk kepada penganjuran

Kapasiti Tetamu: Maksimum 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang dan penjarakan sosial.

Aktiviti Dan Protokol Dalam Penganjuran Majlis Aqiqah Semasa PKPP

A group of people standing in front of a crowd Description automatically generated

1. Sesi Fotografi

Sesi fotografi boleh diadakan tetapi perlu mematuhi penjarakan sosial pada satu-satu masa.

Ia dikendalikan oleh individu yang ditetapkan oleh penganjur/pengantin/pengurusan dewan.

Seorang petugas juga diperlukan untuk mengawal aliran semasa sesi fotografi.

2. Proses Ketibaan Tetamu

Para tetamu wajib mengikut arahan penganjur di kaunter saringan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini untuk berlaku.

Para tetamu perlu menggunakan hand sanitizer untuk membersihkan tangan.

Digalakkan memakai penutup muka manakala perjarakan sosial sekurang-kurangnya 1-meter juga perlu dipatuhi.

3. Pendaftaran Tetamu

Semua tetamu mesti mendaftarkan nama, nombor telefon dan masa kehadiran seperti yang ditetapkan oleh penganjur majlis.

Digalakkan menggunakan Aplikasi MySejahtera.

4. Semasa Majlis

Berikut adalah SOP bagi para tetamu semasa berada dalam majlis.

  • Mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.
  • Mengelakkan sembang dekat (close conversation).
  • Beratur mengambil makanan secara tertib dalam kedudukan penjarakan 1 meter dan mengurangkan komunikasi semasa mengambil makanan yang disediakan.
  • Makan dalam kedudukan penjarakan dan tidak berkumpul semasa makan.
  • Tidak bersesak di dalam lif dan tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis dianjurkan.
  • Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.
  • Meninggalkan tempat majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.

Perkara Yang Dibenarkan Sewaktu Majlis

Berikut adalah perkara yang dibenarkan sewaktu majlis seperti Aqiqah di PKPP.

  • Tempat penganjuran majlis di dalam dewan atau tempat terbuka.

Perkara Yang Tidak Dibenarkan Sewaktu Majlis

Berikut adalah perkara yang dibenarkan sewaktu majlis mengikut SOP dari KKM.

  • Majlis tidak dibenarkan sekiranya sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa dan sukar untuk mengawal keperilakuan.
  • Hidangan makanan secara buffet layan diri dan majlis tiup lilin.
  • Penganjuran di kawasan PKPD tidak dibenarkan.
  • Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.

Arahan Tetap Semasa Majlis

  • SOP-SOP berkaitan yang diluluskan oleh

KKM dan MKN di bawah Akta 342.

  • SOP-SOP berkaitan dibawah Kementerian dan Agensi.
  • Peraturan di bawah PBT

Kesimpulannya, anda boleh melakukan majlis sekiranya anda mengikut SOP yang telah diberitahu dalam artikel ini.